Pelancaran ‘i-Teacher’ oleh USM dan Kenshido
PULAU PINANG, 31 Jan: Selaras dengan misi perkongsian ilmu dengan masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan produk ‘I-Teacher‘ yang dihasilkan bagi membantu proses pembelajaran di peringkat sekolah.
‘I-Teacher‘ dihasilkan menerusi penyelidikan tiga tahun Prof. Hanafi Atan, Prof.Madya Zuraidah Abdul Rahman dan Prof.Madya Omar Majid, pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM dan bakal dipasarkan kepada rakyat di negara ini menerusi kerjasama USM dengan 2 buah syarikat berasaskan teknologi pendidikan, iaitu e-Educator Sdn Bhd dan Kenshido International Sdn. Bhd.
INOVASI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA… T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas menekan kekunci pada computer riba bagi menyempurnakan pelancaran pemasaran ‘I-Teacher’ dan Score A Programme di USM hari ini sambil diperhatikan oleh Prof. Ahmad Shukri (dua dari kanan), Prof. Madya Habibah (paling kanan) dan En. Abdul Shukor (kiri). Turut kelihatan ialah En. Jason Kok.Produk berasaskan internet tersebut dilengkapi dengan pengisian mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia selain disokong oleh animasi interaktif, elemen bimbingan avatar, persembahan slaid dan ciri-ciri pemantauan perkembangan semasa pelajar.
Buat masa ini, ‘I-Teacher’ direkabentuk dengan khusus bagi membantu pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia.
T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Hj. Abdul Rahman bin Hj. Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ketika melancarkan pemasaran produk ‘I-Teacher’ dan sebuah lagi produk pembelajaran syarikat Kenshido International Sdn. Bhd., Score A Programme berkata langkah memasarkan hasil inovasi dari sesebuah universiti demi manfaat masyarakat sesebuah negara adalah hasil kejayaan yang amat dinantikan oleh semua.
“Tambahan lagi, ia melibatkan produk pendidikan untuk pelajar sekolah. Kita sedia maklum, pendidikan anak-anak remaja adalah aspek penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, kejayaan ini adalah sesuatu yang amat dinantikan” kata beliau.
Tambah beliau lagi, corak pembelajaran masa kini juga harus diteliti dan disesuaikan dengan kehendak, keperluan dan persekitaran semasa generasi pelajar yang kini hidup dalam zaman ICT.
“Kini telah wujud generasi baru yang dikenali sebagai ‘Digital Natives‘. Mereka ini lahir pada akhir tahun 1970-an dan dibesarkan dalam dunia di mana teknologi sudah wujud dan kian giat berkembang. Seharusnya wujud pertimbangan agar sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan warga ‘Digital Natives’ ini” tambah beliau lagi.
Sementara itu, Prof. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) mewakili Naib Canselor USM berkata pihak universiti sentiasa memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk membangunkan hasil penyelidikan universiti ke arah komersialisasi.
“USM misalnya telah menyalurkan pelbagai dana penyelidikan seperti Geran Penyelidikan ‘Research University’, Geran Penyelidikan Jangka Pendek, Geran Insentif dan sebagainya bagi membolehkan usaha ini dilaksanakan. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi turut tidak ketingalan membantu dalam usaha ini.”
“Pemasaran produk adalah KPI yang perlu diperolehi bagi penyaluran dana keada staf akademik. Pembangunan produk ‘I-Teacher’ yang dibangunkan menerusi geran penyelidikan USM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini adalah satu kejayaan amat kami banggakan” kata beliau.
Majlis pelancaran tersebut turut menyaksikan penandatanganan Perjanjian Kerjasama di antara USM dan e-Educator Sdn. Bhd dan juga penandatangan Perjanjian Kerjasama di antara e-Educator Sdn. Bhd. dengan Kenshido International Sdn. Bhd.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Prof. Madya Habibah Hj. Lateh, Dekan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, En. Jason Kok, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden, Kenshido International Sdn. Bhd dan En. Abdul Shukor, Pengarah, e-Educator Sdn. Bhd.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17
Popular Posts
-
Score A - BERITA HEBAT !! Jika Anda Ingin Melihat Anak Anda Berjaya Dalam Pelajaran,Sambil IbuBapa Akan Mendapat WANG Dari Pelaburan Pendi...
-
TPM kita akan merasmikan produk Score A untuk tingkatan 4 dan 5 pada 27 June ini di PWTC
-
Testimoni Syaza Bt Sulaiman (12tahun) Sek. Keb. Bkt. Kapar, KlangStandard 6 (2005) Tempoh penggunaan : Dari 20 Julai 2005 hingga sekaran...
-
Kami akan berkongsi STRATEGI menjalankan bisnes ini, antaranya bagaimana nak dapat RM30,000 sebulan dalam masa 3 bulan http://www.intelekni...
-
Salam , Kenshido international dengan kerjasama Bank Muamalat telah bersetuju memberi pinjaman perniagaan kepada Sesiapa yang berminat untuk...
-
Pelancaran ‘i-Teacher’ oleh USM dan Kenshido PULAU PINANG, 31 Jan: Selaras dengan misi perkongsian ilmu dengan masyarakat, Universiti Sa...
-
Harga Pakej Score A Programme™ Nota: Activation Code & Top-up Code 1 Activation Code, berharga RM50, digunakan untuk pendaftaran 1 or...
-
Keahlian adalah percuma Segala urusan boleh dilakukan secara online, walau di mana anda berada dan pada bila-bila masa. Jika Anda memili...
No comments:
Post a Comment